Pengguna
  • 6.5
  •  
Softonic
  • 9
  •  
Lesen:
Versi percubaan
Bahasa:
Bahasa Inggeris
OS:
  • Windows XP
  • Windows Vista
  • Windows 7
  • Windows 8
Versi terbaru:
20172010-10-22
Muat turun bulan lepas:
1,604,990
Saiz:
0.32 MB
Pembangun:

Pakej reka bentuk CAD piawaian industri

AutoCAD merupakan perisian industri piawaian untuk reka bentuk CAD.

AutoCAD ialah satu program lengkap untuk mereka bentuk pelbagai bangunan, objek dan apa sahaja yang memerlukan ketepatan dalam 2D atau 3D. Ini menjadikan ia terlalu kompleks untuk pengguna baru walaupun terdapat pendokumenan yang ekstensif dan satu siri tutorial permulaan untuk anda. Perlu juga diingat bahawa keperluan-keperluan dalam sistem AutoCAD mengenakan kos yang tinggi kepada komputer anda.

AutoCAD sesuai untuk kedua-dua lukisan 2D dan 3D serta ia memberi kebebasan penuh, yang membolehkan anda mengkhususkan hampir setiap aspek dalam proses reka bentuk. Penambahbaikan antara mukanya yang intuitif telah dibuat dalam tahun-tahun kebelakangan ini dan kini segala fungsi berbeza yang ada lebih mudah untuk dikenal pasti. Anda boleh mewujudkan dan mengedit fail-fail DWG dengan segera dan, kini setelah AutoCAD boleh digunakan di Mac, boleh pula bekerja antara platform.

Satu perkara yang perlu diambil berat oleh para pengguna ialah anda perlu berhati-hati apabila melakukan pengemaskinian pelbagai reka bentuk dan plan kerana apabila anda melakukan perubahan kepada reka bentuk, AutoCAD tidak mengemas kini fail-fail berkenaan secara automatik. Oleh itu, sekiranya anda menukar perincian sesuatu bahagian dalam satu bangunan, anda perlu ingat untuk menukar plan secara manual.

Kos akan menjadi halangan paling besar kepada kebanyakan orang. Perisian AutoCAD antara perisian yang paling mahal yang mungkin anda miliki, namun kekompleksannya dan kemampuannya akan menjadikan kos tersebut lebih daripada wajar untuk kebanyakan profesional.

Sekiranya anda sedang memcari perisian CAD yang terbaik, jangan mencari yang lain selain AutoCAD.

Bagus
  • Reka bentuk dalam 2D dan 3D
  • Dipenuhi dengan pelbagai ciri
  • Wujudkan dan edit fail-fail DWG antara platform
  • Mempunyai ciri-ciri khusus
Tidak bagus
  • Memerlukan perkakasan yang sangat hebat
  • Fail muat turun yang sangat besar

Muat turun: Paling Banyak CAD

  1. Adobe Photoshop

    Alami set ciri-ciri baru Photoshop yang mewah

  2. Adobe Illustrator
  3. Windows Movie Maker
  4. AutoCAD
  5. Photoscape